Apa fungsi vitamin C?
Vitamin C sangat elok untuk kesihatan kulit dan rambut. Terdapat pelbagai manfaat yang diperolehi dari vitamin C.
Manfaat Vitamin C untuk kulit.
- Mencerahkan kulit, membuat kulit sihat dan bercahaya.
- Memperbaiki tekstur kulit yang kusam dan pucat.
- Melindungi kulit dari radikal bebas.
- Mengurangkan proses pigmentasi akibat pengaruh UV B.
- Meningkatkan sintetis kolagen.
- Sebagai antioksidan.
- Mengurangkan garis halus dan kedutan pada kulit.
Vitamin C adalah antioksidan yang paling banyak diperlukan kulit, di mana ia membantu meneutralkan radikal bebas yang menompok akibat sinar matahari dan usia. "Pemberian vitamin C yang dikombinasi dengan bahan lain, memperbaiki beberapa tanda-tanda penuaan termasuk garis-garis halus, pigmentasi tidak merata, warna kulit dan tekstur," kata Dr Mariusz Sapijaszko, Pengarah Kesihatan dari Youthful Image Cosmetic Surgery Clinic dan seorang profesor dermatologi di University of Alberta.
Setengah cawan cili membekalkan 107.8 mg Vitamin C
Secawan betik mengandungi 88.3mg vitamin C dan betik sangat kaya dengan serat untuk membantu melawaskan pembuangan air besar.
Buah kegemaran hampir semua orang ini mengandungi 84mg vitamin C serta kompaun lain yang sangat bagus untuk kesihatan jantung.
Setiap 30g brokoli mengandungi 132mg vitamin C dan serat untuk membuat kita rasa cepat kenyang
Kubis bersaiz kecil ni mungkin susah didapati di Malaysia kecuali di pasaraya yang banyak barang import. Mengandungi 74mg vitamin C, Brussel sprout ini juga kaya dengan bahan antikanser.
No comments:
Post a Comment