Thursday, November 2, 2017

Logam ada merkuri

Tanda-tanda krim mempunyai logam ada merkuri.


  1. Krim yang melekit-lekit. Namun begitu, ada sesetengah krim yang campurkan dengan bedak sejuk supaya nampak lebih cair. 
  2. Tidak homogen. Maksudnya, jika kita membiarkan krim itu dalam tempoh yang agak lama, kita akan nampak ada lapisan minyak akan terpisah dengan lapisan padat.
  3. Bau logam merkuri: Bau krim itu "lain macam", tetapi ada sesetengah produk yang kononnya bijak dah mengolah bau dengan bau perfume yang lebih menyengat untuk menghilangkan bau merkuri. Sebab itu sebaiknya jika mencari produk kecantikan, cari produk yang tidak mempunyai bau apa apa. 
  4. Krim berwarna yang mencolok. Biasanya untuk menutup balik warna merkuri, mereka akan tambah dengan bahan pewarna. Tipikal warna mereka gunakan, warna tekstil kuning atau warna putih yang mengilat.
  5. Panas dan gatal apabila disapukan pada kulit lengan.
  6. Pada awal pemakaian menyebab kulit kemerahan apabila terkena cahaya matahari. Kulit anda sedang berlaku irritation (penipisan kulit).
  7. Warna putih tidak sekata, putih pucat seperti macam putih normal.
  8. Kulit berubah warna putih dalam waktu yang singkat! Seperti dalam iklan dipasaran, INGINKAN KULIT PUTIH DALAM MASA 1 MINGGU? Perlu diingatkan, semakin cepat kulit putih, semakin banyak kandungan merkuri yang digunakan.
  9. Tidak timbul jerawat sama sekali. Punca inilah krim mereka laris dipasaran. Sebenarnya lapisan kulit epidermis kita sudah rosak, kulit sudah tidak mengandung protein dan melanin yang berfungsi utk melindungi sinar UV matahari sehingga kuman atau bakteria tidak akan menyukai kulit yang telah tercemar merkuri termasuk nyamuk sekalipun. Boleh bayangkan?
  10.  Menghaluskan dan mengecilkan ruang pori-pori. Ini lagi satu kesan korang tertipu. Sebenarnya, kulit korang dah menipis dan lapisan kulit bahagian paling atas dah berhapus dek kerana merkuri tersebut. Tengok sepintas lalu seolah-olah pori pori mengecil dan menghaluskan kulit.
  11. Bila kita tiba-tiba berhenti menggunakan krim bermerkuri, akan timbul pula jerawat-jerawat kecil dan rasa gatal.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...